Saturday, 26 May 2012

The Way wE DRess UP..

BISMILLAH..
ASSALAMUALAIKUM..

ak sama seperti kamu,
mahukan kebebasan.
mahu berfesyen,
mahu berkawan,
mahu bersosial,
mahukan segalanya.
kita serupa.

aku juga sama seperti kamu,
minat bola sepak,
minat bersukan,
minat dengar lagu,
minat menyanyi,
minat menonton cerita korea,
minat tengok RUNNING MAN..=D
minat kita sama...
kita serupa

ak juga sama seperti kamu,
tahu yang mana haram yang mana halal,
tahu yang mana aurat yang mana tidak,
tahu yang mana betol yang mana salah,
tahu menilai sesuatu perkara.
kita serupa.

cuma
mungkin cara kita yang membuatkan kita berbeza..
cara kita berfikir,
cara kita praktikkan apa yang kita tahu,
cara kita memerima sesuatu,
cara kita cuba bertindak.
cara kita mahu sesuatu,
cara kita minat sesuatu,
dan cara kita tahu sesuatu..
itu yang mungkin membezakan kita.

aku tidak mahu menyentuh semua yang ak sebut..
apa yang ak nak tekankan adalah, menutup aurat..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59) 

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi) 

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)




ak percaya semua orang tahu dan sedar akan kewajipan menutup aurat,
sebab itu tidak hairan sekarang makin ramai yang mula berhijab, ALHAMDULILLAH..
cuma mungkin ramai yang tidak sedar akan kewajipan menutup aurat dengan sempurna.

menutup aurat dengan sempurna termasuklah melonggarkan pakaian, melabuhkan pakaian (hijab dan baju), dan tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh.

ak bukanlah seorng insan yang sempurna imannya, cuma apa yang aku mampu lakukan adalah cuba menjadi yang terbaik dengan cuba menutup aurat dengan sempurna. aku tidak mahu dosaku bertambah setiap saat tatkala aku mula melangkah keluar dari bilik ke utk ke kuliah atau ke tempat awam. ak tidak mahu setiap langkahku menambahkan dosaku apabila ada kaum adam yang melihat dan aku juga tidak mahu menambah dosa kaum adam yang terpandang.

ak tahu ramai yang beranggapan tidak mahu dilihat seorng yang hipokrit,
(ye lah ke kelas kemain lg berjubah bagai, tudung labuh kononnya, tapi dekat bilik solat pn lmbat2, baca Quran pn gagap2)
pasti ramai yang brfikiran begini bukan??

ok, ak jelaskan yea kawan2...
1) Apabila kita menutup aurat dengn sempuran, kita akan malu untuk melakukan perkara yang memalukan. maksudnya pakaian tersebut mampu menjadi penghalang untuk kita melakukan perkara yang haram..kita terpelihara bukan??

2) Kita tidak mendapat dosa free..maksudnya, apabila kita menutup aurat kita tidak akan mendapat dosa yang percuma dengan menayangkan aurat kita kepada kaum adam dan lain2..kita terpelihara bukan??

3) Menutup aurat xsemestinya kita kena pakai jubah.pakailah pakaian yang longgar dan labuh.
contohnya, baju kurung, t-shirt, seluar jeans.xsalah pn nk pakai t-shirt or seluar jeans, janji baju yang labuh dan longgar dan seluar yang longgar yang tidak menampakkan betuk.pesanan untuk yang memakai baju kurung, ak ni seorng pemerhati sebenarnya, ramai yang ke kuliah memakai baju kurung, tp tidak memakai kain dalam.mksudnya still nampak kaki korang, tmbah2 lagi kalau korng masuk kuliah lambat, pstu xpakai kain dalam, nampak tahu tak size kaki korang. kalau ustazah ak dulu dia ckp, nampak no 11..hmm longgr mmg da longgr, tp nampak kaki, apa kes??so, tlnglah pakai kain dalam.kalu kain korng cukup tebal xpelah. so, sblm g kelas tlng cek dulu, nampak no 11 ke tak..ok??

4) Solat lambat dan baca Quran gagap2, bukan menjadi penyebab untuk kita tidak menutup aurat dengan sempurna. sebab itu kene tahu, tutup aurat dengan sempurna adalah salah satu perkara yang boleh membatu kita mengubah segala yang kita lakukan sebelum ini.mgkin kita takut untuk melakukn perubahan secara drastik, so go through it slowly, start with tutup aurat dengan sempurna n i'ALLAH kita dipelihara. so then, slowly we learn utk belajar AL-QURAN, solat awal dan lain2 lg,coz kita tahu apa yang kita mahu.

so, stakat ni dulu utk hari nie..bnyk asiment yang xsiap lg..hehe..
k lah, ak harap korng boleh phm apa yang ak cuba sampaikan..
kalau agak2 xphm, atau ak ada salah pape, dialu-alukan komen kat sini or kat twitter ak..
k WASSALAM...


No comments:

Post a Comment