Monday, 14 May 2012

BEauTiful....

Petikan maksud ayat surah AN -NUR

'Perempuan jahat untuk lelaki jahat, lelaki jahat untuk perempuan jahat, perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik'

Secara ringkasnya,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya...
Dan untuk mendapatkan apa yang terbaik, kita harus berubah menjadi yang terbaik.

CANTIK ITU SUBJEKTIF.....


Nak berubah tak susah, cuma nak istiqomah yang susah..
Sebab saya percaya, ramai yang tahu yang mana halal dan yang mana haram,
Tapi bila tiba masa nak mempraktikkan sesuatu, ianya bukan semudah itu..
Hanya iman yang kuat mampu menangani semua itu..

Saya percaya ramai yang ingin berubah,
Cuma mereka risau akan pandangan orang pada mereka,
Mereka risau jika mereka tak kuat untuk bertahan,
Mereka risau jika mereka tak mampu untuk istiqomah.

Jangan risau sayang,
Pandangan ALLAH lagi penting dari pandangan manusia,
Dan INSYAALLAH, jika ALLAH tempat kita mengadu,
DIA akan tolong kita.
DIA tolong kita dengan cara DIA yang tersendiri..
Jangan anggap bila ALLAH bagi kita ujian, ALLAH tak tolong kita,
Sebenarnya DIA sedang tolong kita.

Nak tahu kenapa???
Secara ringkasnya,
Jika kita minta untuk jadi kaya ALLAH tak kan bagi kita duit,
Tapi DIA bagi kita cara buat duit..
Memang susah pada mulanya,
Tapi hasilnya, ALHAMDULILLAH...

Jadi maksudnya disini,
ALLAH sedang uji anda untuk kita lebih yakin untuk berubah,
ALLAH uji anda untuk bagi kita kuat.
Dan ALLAH uji kita kerana DIA sangat rindukan suara dan tangisan kita berdoa meminta padaNYA.

'Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih
pasangan hidup. Siapalah aku untuk memilih berlian,
sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana.
Tetapi, aku juga punyai keinginan untuk dilamar lelaki yang bakal
dinobat sebagai ahli syurga, yang mampu memimpinku ke arah tuju
yang satu.

Kau tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku
terpikat. Andai kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz,
ALLAH pasti campakkan rasa kasih dan sayang dalam hatku dan hatimu,
saat pertama kali kita terpandang.
Itu janji ALLAH, dan janji ALLAH itu pasti.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan persaan itu kepadaku,
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Jangan
kau melampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.
Aku takut perbuatan itu akan memberikan impak yang tidak baik
untuk kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak.
Aku bukan inginkan segunung harta,
cukuplah dirimu yang menjadi harta buatku sekiranya harta itu
membuatkan aku lupa dan kau juga lupa tentang tanggungjawabmu.
Aku bukan inginkan seorang jurutera atau berpangkat besar,
tapi cukuplah sekadar kau mampu menjadi imam di dalam solatku
dan mampu menjadi guru kepada anak-anak kita nanti.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan ALLAH sepenuhnya,
kerana itu lebih bermakna buat diriku.'


psssss,


Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN
Agar tidak berganjak HALUAN...


WASSALAM....

No comments:

Post a Comment