Saturday, 9 June 2012

SAyang KAu SAngAt2..

Di ketika ini tiba2 langkahku terhenti,
tawaku tidak berbunyi,
tangisku tidak lagi berlagu,
hatiku menangis,
perasaan ingin memarahi,
hanya linangan air mata yang mampu menemami perkhabaran itu di saat ini.
mujurlah sempat aku meluahkan perasaanku kepada sahabat yang baru aku kenali.,
hilang sedikit rasa itu.

Entah kenapa perasaan ini hadir tatkala menerima berita itu,
mungkin kerana aku tidak suka dibohongi?
atau mungkin aku sukar untuk menerima kenyataan itu?
tapi ternyata perasaan ini muncul kerana aku sangat menyayangi dirinya.

Aku tahu setiap manusia mempunyai fitrah untuk dicintai dan menyintai dan aku tidak boleh menidakkan fitrah itu kerana cinta adalah anugerah yang ALLAH kurniakan kepada setiap hambanya.
Sebaliknya aku terlalu bersyukur dengan fitrah cinta yang ALLAH kurniakan pada setiap hambanya tanpa ada yang terkecuali.
Dan disebabkan perasaan kasih dan cinta yang ALLAH kurniakan membuatkan aku sangat menyanyangi dirinya, sehinggakan aku tidak sanggup melihat dirinya termasuk dalam kancah cinta lelaki yang belum pasti pengakhirannya.

Duhai sahabat yang sangat aku sayangi kerana ALLAH,
tidakkah kau yakin akan janji ALLAH?
bukankah kita pernah berbicara yang jodoh itu telah ditetapkan,
bila tiba masanya pasti ia hadir bukan?
bukankah kita tahu hukum cinta sebelum kahwin itu haram?
bukankah kita tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik?
bukankah kita tahu yang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.
tidakkah kau yakin dengan janji ALLAH sehingga kau sanggup menerima cinta lelaki yang belum tentu dia adalah jodoh yang ALLAH telah tetapkan untuk kau?
jika kau yakin dengan janji ALLAH dan yakin dia adalah lelaki yang ALLAH telah tetapkan untuk kau, kenapa perlu kau menerima cintanya sebelum dia menjadi yang halal buat dirimu?
bukankah kau tahu yang janji ALLAH itu pasti dan segala yang diaturakanNYA adalah yang terbaik?
Aku sayang kau sangat2.

YA ALLAH,
aku sayangkan dirinya kerana MU.
KAU lindungilah dia dari melakukan apa yang dilarang.
KAU tetapkan lah hatinya dengan mencintaiMU lebih dari dia menyintai manusia lainnya.
KAU tuntunilah langkahNYA.
KAU permudahkan segala urusannya selagi dia tidak bercanggah dengan syariatMU.
AMIN.

Di saat ini perasaan ini bercampur baur dengan rasa kasih dan marah.
harap2 perasaan ini hilang dengan segera.
moga aku mampu tersenyum lagi.

No comments:

Post a Comment