Monday, 29 April 2013

Tak Salah Pun...

Bismillah..
(update from twitter)

Terasa terpanggil utk berkata sesuatu mengenai isu statement yang di buat oleh NormanKRU dan menerima pelbagai reaksi dan kritikan termasuk dari golongan artis sendiri. *sesiapa yang tidak tahu mungkin boleh tanya En.Google*

Melalui apa yang diperkatakan beliau, seolah2 jika Parti Islam yang memerintah Malaysia maka hancur dan terjejaslah industri perfileman dan industri-industri yang seangkatan dengan nya. Maksudnya hilang dan berkuranglah punca rezeki bagi mereka2 yang berkecimpung dalam industri tersebut kerana kerajaan Islam akan melenyapkan industri2 tersebut di Malaysia...

Siapakah yang memberi rezeki kepada manusia? Kerajaan yang memerintahkah atau ALLAH yang menciptakan manusia dan alam seluruhnya? Siapakah yang lebih berkuasa? Rezeki adalah milik ALLAH, DIA boleh beri dan ambik balik sesuka hati DIA. Siapa kita untuk menidakkan kuasa DIA sedangkan kita ada di dunia ini pun sebab DIA. (kunfayakun)

Islam tidak pernah menghalang hiburan malah pada zaman NABI SAW sendiri pun Baginda tidak menghalang umatnya untuk berhibur, TAPI hiburan itu perlulah selari dengan syariat Islam. Bukankah kita sebagai muslim yang hidup di dunia ini berpaksikan ajaran Islam melalui AL-QURAN dan SUNNAH. Kita harus yakin dan percaya jika kita mengamalkan ajaran ISLAM secara seluruhnya di Malaysia, ALLAH pasti lebih merahmati negara kita dan mungkin Malaysia bakal menjadi negara paling di segani dalam pelbagai aspek termasuk filem dan lagu-lagu yang dihasilkan kerana kita punya identiti yang membawa manusia kepada kebaikan dan kepada ISLAM. *yakin dan percayalah* Jadi tidak salahlah kiranya saya katakan jika Islam memerintah Malaysia, industri2 hiburan tidak akan lenyap sama sekali, malah akan lebih baik dan di beri nafas baru dengan berpaksikan ajaran ISLAM.

**********************************************************************************************************************************
Tidakkah ada ruang utk islam memerintah Malaysia??
Kenapa harus di ungkit begitu dan begini jika Islam memerintah malaysia??
Bukankan islam itu agama menyeluruh.
Bukankah islam dtng utk memperbetulkan apa yg salah.
Jadi tidak ada yg akan hancur dgn pemerintahan islam, malah ianya akan di beri nafas baru.
Salahkah??
Moga2 kita sedar siapa kita d bumi ALLAH ini.siapa kita utk menidakkan yg hak.!!

Wassalam


No comments:

Post a Comment