Friday, 22 February 2013

Rasulullah...ya hanana (betapa beruntungnya kami)

Bismillah...
ALhmdulillah, malam tadi diberi kesempatan ke forum sempena sambutan Maulid kat Dewan PKKSSAAS, UPM..Forum disampaikan oleh 3 panel Dato' Saifuddin Abdullah merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Imam Muda Asyraf dan Bukhari merangkap Pres MPP UPM. Forum yg dijalankan banyak mengenengahkan mengenai karisma RASULULLAH dalam kepimpinan dan aplikasinya pada hari ini. Forum yang sangat santai dan sempat memainkan beberapa isu seperti isu 'LISTEN, LISTEB, LISTEN'.

Tapi antara part yang paling terkesan dan membuatkan seluruh sidang dewan terkesima dan tergamam untuk kesekian kalinya bila part last sekali, part Hafiz Hamidun.

Dan cerita beliau...


Beda kita dgn Rasullullah dikit aja..

Rasulullah marah dikit2 aja,
TAPI kita dikit2 marah, dikit2 marah..

Rasulullah makan dikit aja,
TAPI kita dikit2 makan, dikit2 makan

TAPI...
Kita sakit mau mati dikit aja
................................................................

(seluruh sidang dewan senyap....wondering)

Dewan riuh rendah dgn gelak tawa kerana penyampaian hafiz hamidun yg kelakar, menggunakan loghat indon dgn suara kecik kerana cerita ini diambil oleh beliau ketika ke indon dan diceritakan oleh seorng kanak2.....

Tetapi utk TAPI yg ke-3, dewan senyap tiba...kata beliau, semasa penyampaian kanak2 tersebut di indon pn benda yg sama berlaku..

Beliau sambung, krn Rasulullah dah amek dulu rasa sakit mati tu....
Kata2 Rasulullah sebelum wafat : 'Ya Allah, dahsyat nian
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Ketahuilah kita, betapa Rasulullah sayang pada kita..
Tapi adakah kita sayang Rasulullah seperti mana baginda sayang kita..
*sama2 kita muhasabah*

kesimpulan dari ak kenapa dewan tiba2 senyap, tergamam *termasuk aku:

1) Kerana MATI *semua orng yg dr tadi dok gelak sentap bila sebut MATI*
2) Semua orng tahu sakit mati itu sakit tapi bila ckp dikit aja *aik biar betul, konfiuz*


Wassalam..=D

No comments:

Post a Comment