Friday, 19 October 2012

my TUrn..


Disaat aku terpinga-pinga mencari kebahagian hidup,
Pelbagai dugaan yang harus aku tempuh.
Setiap duka yang datang pasti ada air mata mengiringi.
Hidup ini tidak seindah yang dibayangkan tetapi tidak seteruk yang disangkakan,
Hanya yang tabah dan tekad mampu mengharungi hidup ini.

Aku hampir tewas dek ujian yang diberikan,
Aku hampir gagal dalam perjalanan hidup ini,
Aku hampir putus asa dalam menangani semua ini.
Tetapi ternyata setiap yang berlaku pasti ada rahsia yang tersimpan.

Dengan hanya bersujud di 1/3 malam,
Ternyata segala-galanya berubah.
Terasa bagai segala masalah yang aku tanggung selama ini,
Hilang bersama angin malam,
Hilang bersama doa yang dititipkan,
Hilang bersama air mata dan tangisan.

Alhamdulillah, akhirnya aku mampu tersenyum lagi.
Ternyata ALLAH MAHA ADIL dan MAHA MENGASIHI.
Hanya kita yang menentukan samaada kita mahu atau tidak.

No comments:

Post a Comment