Diam ku bukan kerana tidak berminat dengan cerita mereka, tapi tidak ada idea untuk diceritakan perihal abah.
Kenangan yang aku dengan abah tidak banyak, tapi dengan sedikit kenangan yang ada aku simpan sampai bila-bila..i'ALLAH..
Abah meninggal ketika aku berumur 9 tahun, adik bongsu ku baru berusia 4 bulan.
Tidak sempat untuk merasa kasih sayang seorang abah, tidak ada kenangan yang mampu adik ku simpan.
(Sabarlah adikku, aku tahu perasaan mu, moga-moga kau jadi anak yang soleh, nanti boleh jumpa dengan abah di syurga, AMEN)
Aku bernasib baik kerana ada kenangan yang mampu aku ingat sampai ke hari ini.
13 tahun yang lalu.......
Setiap kali aku dimarahi umi, aku pasti menangis teresak-esak.
Aku berlari mendapatkan abah yang lena di atas katil kerana keletihan menjaga kedai pada sebelah malam.
Abah tersedar dengan kehadiranku, tanpa berkata apa-apa abah memelukku.
Tangisanku hilang dengan segera, dan aku lena di dalam dakapan abah.
Namun, ianya tidak lama.
Pada umurku 9 tahun, abah akhirnya pergi meninggalkan aku dan dunia ini kerana ALLAH lebih menyayangi abah.
Walau sedalam mana sayang dan kasih aku pada abah, masih ada yang lebih menyayangi abah.
Indahnya ketika itu, tangisan ku di pujuk.
Sehingga kini, setiap kali aku sedih, aku pasti teringat akan kenangan itu.
Dan ketika itu juga, tangisan ku makin kuat, kerana sudah tiada orang yang boleh memujukku lagi.
Kadang-kadang aku bayangkan abah ada dekat dengan ku,
Aku berbicara soal hidupku padanya.
Aku terlalu rindukan abah..
Abah,
Walaupun abah tiada di depan kakak, k.long, syifaq,aqil dan adik, tapi kakak tahu abah selalu disisi kami.
Walaupun abah dah tak dapat jaga kami, tak dapat lihat kami membesar, tak dapat melihat kejayaan kami,
Kami masih ingatkan abah sampai bila-bila,
Walaupun kami sedih dan rasa kekurangan bila abah tiada bersama di saat dan ketika ini,
Tapi kami redha dengan apa yang ALLAH tetapkan, kerana kami tahu pasti ada hikmah disebalik semua ini.
Mungkin kerana ujian inilah, yang membuatkan kami dapat mengharungi hidup ini dengan lebih baik.
Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abah, dan pasti suatu masa nanti kita akan bertemu kembali.
i'ALLAH.
YA ALLAH,
KAU tabahkanlah hati ku dalam mengharungi segala dugaan hidup ini, tanpa ada nya seorang abah.
KAU kuatkanlah hati ini, untuk redha dengan segala apa yang berlaku.
KAU tempatkanlah abahku bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
AMEN.
No comments:
Post a Comment